Thursday, March 11, 2010

Hahahah...Bila Cikgu Adah Terlewat ke Sekolah...

Hari ini, macam biasa..cikGu aDah bangun paGi. Tak Lah pagi sGt pun..heheh...Cikgu adah terus Kuarkan ayam, udang dari peTi beku. CikGu adaH selesaikan Tugas SurIrumah seperti membasuh baJu, menyidai baJu dan memasaK. (dalaM masak2 tu sempat mengFB kan diri)..

Jam 11 Pagi, cikGu dah siap nak bersiapkan diri. Mandi. Oh! Cikgu adaH lupa gosok baJu lagi. jadi Cikgu adah gosok Baju then lepas tu baru maNdi.

Tengok jam Tangan pukul 11 lagik. Oh..masih awal. So, cikgu adaH makan2 dan kemudian rehat2 jaP sebelum cikGu adah Gerakkan kereta untuk ke sekolah bila Jam tangan Cikgu Adah menunjukkan Pukul 12.30.

Hari cikgu aDah memandu dengan sangat releks..huhuhu..cuba teka???

hehe..sampai jek betul depan pintu seKolah rendah sebelah sekolah Cikgu adah. Tgk Kereta banyak. Pastu buDak sekolah semua dah kUar. pelik Jugak, jam bari 12.25 Tgh Hari..tak kan budak keluar awal kot.

Tiba2....

"adah, adah kat mana ni?"

Alamak, baru perasan, jam kat tangan memang 12.25..tapi jam kat handphone..Oh tidak!!

" alamak kak mai...adah dalam keta lagik ni....masih kat depan pintu sekolah rendah...kete banyak..tak leh gerak."

"adah..cepat sikt..adah ader relief masa pertama."

apa lagik...bila keadaan2 macam ni jek cikGu adaH akan mula kelam kabut. Akhirnya dapt masuk pintu paGar sekolah. Bergegas ke pejaBat dan terus cap jari untuk kedatangan.

Cikgu Adah terus amik buku Kawalan Kelas dan menuju ke Bilik KurikuLum untuk ambik kertas Ujian untuk kelas 2 Arif.

Elok nak isi kedaTangan...

" alamak..cikgu salah ambik buku kawalan lah...ini buku kawalan Form 4 Lestari.."

Cikgu adah pun mulalah, bergegas semula ke pejabat dan ambik buku.

Ya Allah..penatnyer...tu lah, padah lewat ke sekolah. itupun tidak disengajakan.

Moralnyer....selalu alert ngan jam tangan anda. Haahaahaa..

Wednesday, March 10, 2010

RutIn HariaN Cikgu Adah dalam UsaHa MenGuruskan Badannya

Setiap Hari Cikgu AdaH aKan :

1. Bersarapan sebelum Pukul 9 PaGi. Biasanya CikGu aDaH akan Buat AiR Milo dicampurkan deNgan 2 sudu Besar Oat. Ataupun MenJamaH 2 Keping Roti beRsama Air Milo 'O'.

2. Cikgu Adah MemasTikan SenamaN riNgan dilakukAn di Dalam Rumah. ( cikGu adaH sgt Mals untuk keluar RumaH).

3. Biasenyer CikGu Adah akan buat keJe umah Supaya seLuruh anGGota Badan berGerak dan meNgeluarkan Peluh.

4. Memastikan hanya meNgambil Kueh sahaja keTika Pergi ke Kantin seKolah.

5. Malam Hanya Makn dalam kuantiti Yang sedIkit.


tapi ciKgu aDah Tak Timbang Lagi beRat setakat ini berapa???...

Busynyer Cikgu Adah Hari Rabu ni...

CikGu adah macam biasa. bangun pagi (pukul 6.45pg)..pagi ker??... gosok baju Pengakap sang suami, prepare air teh'o untuk dia sebelum dia pergi ke sekolah. abis jek sesi lambai-melambai kat pintu, cikGu Adah tutup sume lampu dan terus sambung tido (aduhai...hahaha...).

tapi rabu ni kene tido skejap saje lah. Cikgu Adah kene pergi kedai beli barang dapur nak masak. lebih kurang pukul 8 pagi, cikGu adah bangun tido. terus sajek bagi makan kat Mo Yeng ngan Momo Chan.

Cikgu Adah bersiap-siap nak ke kedai. tengah memandu, bila sampai saje di persimpangan Paya Jaras, Cikgu Adah tengok Kereta banyak. Hmmm...tak dapatlah cikgu Adah nak ke Bandar Baru. So, Cikgu Adah patah balik dan singgah ke kedai yang berdekatan Merbau Sempak sahaja.

Macam biasa, seperti hari lain...tepat jam 10.30 pagi Cikgu adah menyediakan makanan untuk tengah hari. so, bila suami cikGu aDah balik dia tak lapar lah kan, tengok makanan ade. Resepi hari ini : udang lemak cili api ngan sayur bendi masak sambal gitu..( tu jek lah idea yang boleh kuar pun)

Teapt jam 12.30 tgh hari, cikgu Adah drive keta menuju ke sekolah. Pasang radio kuat2..kasi semangat sikit cikGu adaH nak gi ke sekolah. heheh

Memandangkan minggu ni ader ujian di sekolah, kira Cikgu Adah releks sket lah dari menGajar. Tapi mak Datuk!!!...banyaknya keje yang tertangguh.

Mula2 Cikgu adah sampai saje skolah, cikgu adah prepare untuk bahagikan kertas soklan Pendidikan seni Form 1 mengikut kelas sbb juMaat ni dah ujian. kenudian cikGu adaH pergi kanTin kejap mengHirup Kopi secawan.

Pastu, cikgu adah siapkan keje laporan lalulintas. Pergi mengejar guru2 Tingkatan yang tak Hantar senarai nama pergi balik sekolah yang dah Lama cikGu adah minta. Pastu cikgu adah potostat dan asingkan serta bindingkan laporan untuk seraH pada HEM.

sesudah itu....datang pulak lagik keje, Cikgu adah kene siapkan laporan pelajar yang teLah membayar yuran Takaful. Huhu....Cikgu Adah terus bagi borang pada guRu Tingkatan dan minta diaorang bagi balik sebelum cuti( itupun kalau dapatlah...).

Selepas itu, ader Pulak cikgu cari Cikgu Adah minta cikgu Adah serahkan IC setiap pelajar kelas Cikgu adah. Cikgu adaH bergegas ke Bengkel KHB untuk carik Fail pelajar dan pergi potostat IC pelajar. (Duit lagik!!) dan selesai jek potosta cikgu adah terus hantar pada cikGu yang berkenaan.

Kemudian, cikgu adaH kene amBik senarai pelajar yang Cikgu adah ajar untuk isi markah ujian nanti. Bergegas lagi ke sana sini meminta senarai nama. dan macam tadi jugak. G kedai buku dan potostat.

Banyak keje yang Cikgu Adah kene setelkan sebelum cuti nanti. Yelah hari tu cuti berpantang. Jadi banyak lah yang Tertinggal. berkejaran cikGu adah hari ini di sekolah. ( sure kurus punyer )

yang paling menarik, ketika cikgu adah pergi Ke biliK guRu, ader Pulak cikGu jual air mineral (Slimming Water)..huhu..belilah jugak sebab dia tulis boleh kuruskan badan. (tapi tak tahulah betul ke Tidak)..kelakar jugak. First time nampak.

Balik Sekolah jek memang tahap letih tahap ke 21 rasenyer. Ekekekek...tapi nama pun jadik bini orang, Cikgu adah kene prepare makan malam untuk sang suami itu ( hahahah...masak nugget jek)..takpelah janji dia makan.

Cikgu adaH??...heheh..makan jugak.Keropok cicah air teh. sangat sedap.

Esok macam mana pula??...adaKah Busy macam hari ini??...Yang Pasti sume dah setel. tak tahulah kot2 esok Cikgu Adah ditambahkan laGik keje. tak Kisahlah. naK buat macam Mane kan..nama pun Keje.

;P

Monday, March 8, 2010

Si Jeyacandraprababu.....

Hari ni hari sekolah, Jeyacandraprababu a.k.a Babu kene pergi ke sekolah. Babu tak nak pergi sekolah. Babu tak pandai. Semua Babu tak pandai belajar. Babu tak pandai cakap Melayu. Babu tak pandai cakap Orang Putih.

Babu orangnya kurus kering. Muka Babu sangat sememeh (macam muka orang nak nangis). Beg sekolah Babu kaler merah jambu. Beg sekolah Babu macam beg sekolah budak kecik sekolah rendah.

Babu ke sekolah berbekalkan RM1 mengisi perut ketika waktu rehat. Babu selalunya menghabiskan RM 1 yang diberi oleh 'amma'. Babu tak simpan sikit duit.

Ari tu Babu ade kelas Kemahiran Hidup. Babu pergi ke bengkel lambat. Itupun sebab Babu ikut Pubalan yang masuk lambat ke bengkel. Cikgu Saadah sangat marah dengan Babu dan Pubalan. Babu rasa sangat takut. Suara tengkingan cikgu Saadah sangat kuat. Babu rasa nak menangis. Tapi....Babu tak faham apa yang cikgu Saadah cakapkan. Yang pasti, Babu tahu, cikgu Saadah marah sebab Babu masuk lambat ke bengkel.

Minggu seterusnya....

Babu Masuk awal ke bengkel. Cikgu Saadah tidak marah Babu lagi. Tiba-tiba cikgu Saadah bertanya sama ada Babu suka pada kereta. Babu paham sikit2 apa yang cikgu Saadah kata. Babu anggukkan kepala.

Memandangkan Babu tahu Babu tak de buku. Babu bagitau dekat Pubalan. Babu suruh Pubalan cakap dekat cikgu Saadah yang Babu tak de duit untuk beli buku nota. Cikgu Saadah faham masalah Babu. Cikgu Saadah suruh Babu kumpul duit satu hari sepuluh sen untuk Babu kumpulkan duit beli buku nota. Babu angguk tanda faham.

Hari ini, Babu sudah ada buku nota. Babu boleh tulis nota. Tapi cikgu Saadah faham masalah Babu. Babu hanya diberi nota yang pemdek2 dan Soalan yang mudah2.

Babu tidak ke sekolah dengan beg sekolah 'pink' lagi. Babu sudah ada beg baru. beg yang sesuai dengan budak sekolah menengah macam Babu. Cikgu Saadah pula sering hadiahkan gamba kereta setiap kali bila Babu menyiapkan kerja yang diberi. Babu seronok sangat bila dapat gamba kereta.

Babu tak malu ke sekolah lagi.

tQ adah untuk :

kak fazilah : kalau akak tak bagi tau masalah Babu yang tak faham bahasa melayu dan inggeris sure adah wat tak tahu sahaja. dan...thanks dengan idea kereta tu.hahaha..budak Babu ni suke keta rupenyer.