Wednesday, March 10, 2010

Busynyer Cikgu Adah Hari Rabu ni...

CikGu adah macam biasa. bangun pagi (pukul 6.45pg)..pagi ker??... gosok baju Pengakap sang suami, prepare air teh'o untuk dia sebelum dia pergi ke sekolah. abis jek sesi lambai-melambai kat pintu, cikGu Adah tutup sume lampu dan terus sambung tido (aduhai...hahaha...).

tapi rabu ni kene tido skejap saje lah. Cikgu Adah kene pergi kedai beli barang dapur nak masak. lebih kurang pukul 8 pagi, cikGu adah bangun tido. terus sajek bagi makan kat Mo Yeng ngan Momo Chan.

Cikgu Adah bersiap-siap nak ke kedai. tengah memandu, bila sampai saje di persimpangan Paya Jaras, Cikgu Adah tengok Kereta banyak. Hmmm...tak dapatlah cikgu Adah nak ke Bandar Baru. So, Cikgu Adah patah balik dan singgah ke kedai yang berdekatan Merbau Sempak sahaja.

Macam biasa, seperti hari lain...tepat jam 10.30 pagi Cikgu adah menyediakan makanan untuk tengah hari. so, bila suami cikGu aDah balik dia tak lapar lah kan, tengok makanan ade. Resepi hari ini : udang lemak cili api ngan sayur bendi masak sambal gitu..( tu jek lah idea yang boleh kuar pun)

Teapt jam 12.30 tgh hari, cikgu Adah drive keta menuju ke sekolah. Pasang radio kuat2..kasi semangat sikit cikGu adaH nak gi ke sekolah. heheh

Memandangkan minggu ni ader ujian di sekolah, kira Cikgu Adah releks sket lah dari menGajar. Tapi mak Datuk!!!...banyaknya keje yang tertangguh.

Mula2 Cikgu adah sampai saje skolah, cikgu adah prepare untuk bahagikan kertas soklan Pendidikan seni Form 1 mengikut kelas sbb juMaat ni dah ujian. kenudian cikGu adaH pergi kanTin kejap mengHirup Kopi secawan.

Pastu, cikgu adah siapkan keje laporan lalulintas. Pergi mengejar guru2 Tingkatan yang tak Hantar senarai nama pergi balik sekolah yang dah Lama cikGu adah minta. Pastu cikgu adah potostat dan asingkan serta bindingkan laporan untuk seraH pada HEM.

sesudah itu....datang pulak lagik keje, Cikgu adah kene siapkan laporan pelajar yang teLah membayar yuran Takaful. Huhu....Cikgu Adah terus bagi borang pada guRu Tingkatan dan minta diaorang bagi balik sebelum cuti( itupun kalau dapatlah...).

Selepas itu, ader Pulak cikgu cari Cikgu Adah minta cikgu Adah serahkan IC setiap pelajar kelas Cikgu adah. Cikgu adaH bergegas ke Bengkel KHB untuk carik Fail pelajar dan pergi potostat IC pelajar. (Duit lagik!!) dan selesai jek potosta cikgu adah terus hantar pada cikGu yang berkenaan.

Kemudian, cikgu adaH kene amBik senarai pelajar yang Cikgu adah ajar untuk isi markah ujian nanti. Bergegas lagi ke sana sini meminta senarai nama. dan macam tadi jugak. G kedai buku dan potostat.

Banyak keje yang Cikgu Adah kene setelkan sebelum cuti nanti. Yelah hari tu cuti berpantang. Jadi banyak lah yang Tertinggal. berkejaran cikGu adah hari ini di sekolah. ( sure kurus punyer )

yang paling menarik, ketika cikgu adah pergi Ke biliK guRu, ader Pulak cikGu jual air mineral (Slimming Water)..huhu..belilah jugak sebab dia tulis boleh kuruskan badan. (tapi tak tahulah betul ke Tidak)..kelakar jugak. First time nampak.

Balik Sekolah jek memang tahap letih tahap ke 21 rasenyer. Ekekekek...tapi nama pun jadik bini orang, Cikgu adah kene prepare makan malam untuk sang suami itu ( hahahah...masak nugget jek)..takpelah janji dia makan.

Cikgu adaH??...heheh..makan jugak.Keropok cicah air teh. sangat sedap.

Esok macam mana pula??...adaKah Busy macam hari ini??...Yang Pasti sume dah setel. tak tahulah kot2 esok Cikgu Adah ditambahkan laGik keje. tak Kisahlah. naK buat macam Mane kan..nama pun Keje.

;P

No comments:

Post a Comment