Wednesday, February 24, 2010

Rezeki...

akhirnya setelah 5 tahu mendirikan rumah tangga, dengan hati yang sangat gembira adah menadah tangan melahirkan rasa syukur apabila dia menerima berita kehamilannya. walaupun pada awalnya tidak pernah mengharap (sebenarnya dia sudah putus asa), dia tidak pernah menjangkakan yang dia akan mengandung.

dengan hati yang sungguh gembira, adah melangkah kaki masuk ke rumah untuk menyampaikan berita yang menggembirakan ini. berita gembira di sampaikan. masing-masing diam....macam tak sangka pulak. ader riak gembira pada wajah pasangan ini. nak tergelak pun ader jugak. ye lah..tak sangka.

dua minggu lagi, adah harus ke klinik untuk menjalani pemeriksaan untuk kali ke-2. pemeriksaan itu perlu memandangkan pemeriksaan kali pertama sewaktu doktor scan bayi tidak nampak. mungkin masih awal..duga doktor.

sehari selepas krismas, abah adah masuk hospital. jadi adah perlu berulang alik dari rumahnya ke hospital. secara tiba-tiba adah bleeding. adah panik. sangat2 panik. di sampaikan kepada suaminya. bergegas dia ke klinik.

doktor melakukan pemeriksaan kepada adah. adah rasa cemas. scan2...tak nampak. doc suruh buat urine test. adah hanya mengikut sahaja. ya, upt masih positif.

doktor kata mungkin bayi di luar rahim. doktor bagi surat refer pada adah. waktu tu, lutut adah menggigil. rasa nak menangis pun ader juga. Janganlah jadik apa2. bisik hati adah.

dalam kereta adah koyak surat refer yang doktor bagi tadi. dia tak nak pergi hospital. adah pulang ke rumah.

selama beberapa hari adah tak boleh tido. adah rase susah hati. adah banyak fikir. macam2 perasaan ader yang mengganggu adah. adah jadik murung. adah jadik malas.

hari itu, adah kena ke sekolah. walaupun masih bleeding, adah ke sekolah juga. memandangkan hari ini hari untuk mendaftar pelajar ke tingkatan satu, banyak kerja yang perlu dilakukan. adah kemas meja, kerusi, menyapu sampai dan memastikan kelas bersih sebelum ibu bapa datang.

dalam sibuk melayan ibu bapa dan pelajar. tiba2 adah rasa tak sedap hati. adaha minta tolong pada cikgu limah untuk jagakan kelas sbb adah kene jugak pergi toilet. sampai aahaja tollet, adah tengok....banyaknya darah!!!..adah panik!!

adah minta untuk balik awal. adah terus gaghkan diri ke piliklinik Mutiara. sampai shaja adah terus masuk keblik doktor. doktot cepat2 scan dan doktor kata...yess..you're pregnant. doktor kata adah tak perlu risau...cuma adah kene berhati-hati. hati adah lega sangat2 lega. adah diberi bebrapa ubat termasukla ubat kuat rahim.

adah makn ubat ikut jadual. alhamdulillah,adah tak bleeding lagik. tapi adah perlu jugak jumpa doktor untuk minggu yang berikutnya.

seperti yang dijanjikan adah jumpa doktor untuk pemeriksaan setrusnya. oh tidak!!..doktor scan tapi baby tak nampak. doktor pelik. tapi adah??...huhu..adah rasa tak sedap hati balik. kenapa jadik macam ni.??..doktor minta datang untuk 2 minggu berikutnya....

selepas 2 minggu adah datang lagi ke klinik. dengan harapan agar 'dia' ada. walaupun sebenarnya adah dah mula rasa ragu pada kadungan adah. doktor, adah mulakan bismillah macam biasa, adah berpaling muka, tak nak tengok mesin scan tu. alhamdulillah...'dia' ada. adah rase bersyukur sangat2.

setelah beberapa minggu, adah pergi untuk pemeriksaan berikutnya. doktor scan sperti biasa..tapi..agak malang, kali ini scan tak nampak pulak. timbul pula rasa risau dalam hati adah.."kenapa jadi macam ni, sekejap nampak, sekejap tidak?"..doktor kata mungkin bayi ni tak dapat nak survive. doktor tanya adah samada adah nak refer hospital atau macam mana. adah kata " takpe, adah kuatkan hati adah sanggup tunggu lagi seminggu".

10/02/2010....adah tak sedap hati. masuk jek toilet untuk mandi adah nampak ader titis darah. adah panik. adah bleeding lagik. adah tunggu suami balik. adah kene pergi klinik. adah ke klinik malam rabu itu. doktor scan. rase nak menangis, sedih tapi waktu tu entah kenapa adah tak boleh nak nangis. doktor kata kandungan adah tak dapat diselamatkan. adah dan suami diam seribu bahasa. doktor bagi kata2 semangat. adah diberi surat refer.

pagi khamis 11/02/2010 adah terus ke hospital. adah menjalani pemeriksaan. tapi adah takut. dan doktor di hospital pun perasan. doktor kata nak scan ikut bawah. adah sangat panik. bila doktor masukkan alat jek, kaki adah mengeras. sampai doktor pun macam nak marah adah. akhirnya, doktor suruh balik. (adah benci sgt nurse2 dan doctor kat hospital tu)

suami adah tunggu kat luar. adah bagi tahu ape yang berlaku. suami adah kata "takpelah...tunggu nanti".

esokknya, bleeding masih lagi. tapi masih sikit. adah tak sanggup nak ke sekolah. adah pergi check kat PMC. sama jugak macam hari sebelumnya. doktor kata adah tak bersedia. (at least, dr Zarul lebih berhemah berbanding di Hsptl sg buloh). adah kene tunggu lagi seminggu untuk check semula.

13/-2/2010 adah di rumah. keseorangan. suami tida di rumah. memandangkan hari itu adik ipar adah kahwin. adah tak larat nak pergi. entah macam mana, pagi tu adah rase tak selesa. ader satu masa tu adah rasa sakit perut sangat. tapi tidaklah sampai nak pengsan. dan rasa sakit tu skejap sangat.

adah amik keputusan untuk ke hospital. tapi adah kene tunggu suami adah balik. akhirnya suami adah balik. Macam Allah nak permudahkan adah. bila adah minta harap suami ada, tiba2 suami adah balik. bersyukur sangat.

sebelum pergi adah mandi. tiba rase macam ader mende nak terkeluar. terduduk adah dalam toilet bila tengok fetus keluar. adah panggil suami. suami ambil dan masukkan dalam bekas untuk dibawa sekali ke PMC.

tepat pukul 4 ptg, adah ke PMC. doktor terkejut bila adah keluarkan bekas tu. doktor kata " fetus dengan plasenta keluar". doktor terus refer pada dr Nazri. dr. Nazri check dan dia kata adah kene buat dnc. lutut adah menggigil....

dalam hati adah doakan agar semua berjalan lancar. ( sampai ke saat itu, satu titik air mata pun tidak keluar).

tepat pukul 7 adah dimasukkan ke opration room. sejuk. lutut adah mengigil. doktor masukkan ubat bius sambil bertanyakan beberapa soalan. lepas itu, adah tak sedar....

tiba2 adah rasa macam mimpi, adah nampak doctor, adah nampak nurse, adah dengar bunyi mesin..tapi sayup jek adah dengar. adah juga dengar macam ada orang pujuk adah supaya sabar, jangan menangis.

tiba2 suami kejutkan adah. rupa2 nya adah menangis sepanjang operation dan hinggalah dibawa ke katil wad. suami pujuk adah. adah tidak menangis lagi.

kini adah tengah berpantang. adah tidak sedih lsgi. sebab pada adah itu semua rezeki. adah percaya pada rezeki. kalau kali ni bukan rezki adah, adah keen usaha lagi supaya satu hari nanti rezki berpihak pada adah.

baru2 ini, kawan adah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan. walaupun adah sedih dengan kehilangan bayi adah, tapi adah tetap gembira dengan berita kelahiran Qaisara Qiatina. harap hari untuk adah akan tiba. apapun, asalkan orang di sekeliling adah genbira, adah tetap gembira untuk mereka.

tQ adah untuk:

Husband : tQ for everything...hopefully one day will be...sorry i can't make u a father this year..maybe next year.hopefully...

Dr. Maslinor (poliklinik Mutiara) : adah tak marah doktor ye atas apa yang berlaku. adah pecaya pada rezeki. terima kasih untuk segalanya. adah pegang kata doktor. ada hari untuk adah nanti.

Dr. Nazri (PMC):tQ sebab sudi melayan karenah patient anda yang "penakuttt" sesangat ni. heheh

staff hsptl sg buloh : walaupun sampai sekarang adah benci korang tapi adah tetap ucap Tq ( adah tak heran pun ngan alat korang yang berharga 30K tuh!)

Family, sedara n kengkawan : tQ untuk segala nasihat, dorongan motivasi kat adah. adah hargainya. jgn risau...adah tak sedih pun. adah okey.

adah pun selepas ini planning....mula makan makanan berkhasiat, akan bersenam dan sentiasa menjaga kesihatan diri supaya akan datang akan lebih bersedia menjadi ibu.

;P

2 comments: